Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nasrudin: Gugur ahli jika sertai parti baru
Diterbitkan:  Jun 23, 2015 12:43 PM
Dikemaskini: 4:47 AM

Anggota PAS yang menyertai parti atau pakatan baru anjuran DAP secara automatik gugur keahlian sebagai ahli, kata Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan.

Amaran MP Temerloh itu dibuat susulan DAP bercadang menubuhkan gerakan baru bagi menggantikan pakatan pembangkang yang menggabungkan kerjasama dengan PKR dan PAS bagi menghadapi pilihan raya umum Ke-14, lapor Berita Harian .

Beliau berkata PAS tidak mampu menghalang parti lain daripada melakukan sebarang tindakan termasuk menubuhkan pakatan baru,  seperti yang ditegaskan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Soal Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) nak tubuh parti baru, mahupun menyertai pakatan baru anjuran DAP itu hal mereka.

"Secara organisasinya mana-mana ahli PAS yang menyertai parti lain maka secara automatik ia menggugurkan keahliannya sebagai ahli PAS.

"Ahli PAS mesti kekal berjemaah. Bertenang dan bersabar dalam tindakan dengan merujuk kepada pucuk pimpinan parti dan akhirnya banyak munajat kepada Allah supaya bahtera besar ini (PAS) terus selama berlayar meredah samudera dan sempai ke destinasi dengan jayanya," Nasrudin dilaporkan berkata.

PasMa dilapor bakal mengasaskan parti baru untuk menganggotai Pakatan baru diwujudkan DAP bagi menggantikan PAS.

Sebelum ini, tokoh parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata langkah menubuhkan pakatan baru itu penting demi memastikan perjuangan politik serta rangka kerja pakatan pembangkang selepas ini mempunyai objektif dan matlamat yang sama.

Lihat Komen
ADS