Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bendera DAP dibakar di perkarangan bangunan Komtar, yang menempatkan pejabat kerajaan negeri Pulau Pinang, hari ini.

Insiden itu berlaku apabila kira-kira 50 ahli dan penyokong Umno yang diketuai setiausaha Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir pergi ke sana untuk menyerahkan memorandum kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Protes itu adalah sebagai tindak balas terhadap keputusan majlis tempatan itu merobohkan struktur logo Umno di Menara Umno.

Turut sama ialah Ketua Pemu

da Umno negeri, Rafizal Abdul Rahim; Ketua Bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said;  Ketua Bahagian Tanjong, Ahmad Ibnihajar dan Ketua PERKASA Pulau Pinang, Mohd Rizuad Belia Mohd Azudin.

Sebelum Musa dan pemimpin yang lain sampai ke tingkat tiga tiga di mana terletaknya pintu masuk ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri, anggota keselamatan telah pun menutup pintu besi di situ.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan beberapa orang penyokong, yang kemudiannya menjerit dan menghentak pintu itu.

Selepas rundingan diadakan, Musa dan beberapa yang lain dibenarkan masuk.

Rafizal pula melaungkan mengapa wakil lambat keluar untuk menerima memorandum mereka, sedangkan dakwanya, mereka begitu cepat merobohkan struktur logo Umno.

Apabila Lai Hon Meng -  pembantu kepada Exco kerajaan negeri Pulau Pinang bagi kerajaan tempatan, Chow Kon Yeow - mahu menerima memorandum itu bagi pihak kerajaan negeri, Musa enggan menyerahkannya, dan berkata mereka tidak mahu berurusan dengan beliau.

Sambil menegaskan bahawa mereka menghormatinya, Musa berkata ia bukan perkara politik dan mereka mahu bercakap terus dengan pentadbiran MBPP - sama ada Datuk Bandar atau wakilnya.

Berikutan itu, pegawai keselamatan MBPP Mohd Feroze Md Noor menerima memorandum tersebut.

[Baca berita penuh/asal]

 
 

Lihat Komen
ADS