PetroSaudi International (PSI) sedang memburu beberapa bekas kakitangannya, melalui pihak berkuasa tempatan di negara ini, berkaitan kebocoran emel syarikat itu dengan 1MDB.

Syarikat yang berpangkalan di Arab Saudi itu mengumumkan lewat semalam bahawa seorang daripada bekas kakitangannya telah ditangkap di Thailand dan dia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai perkara itu.

"Xavier Justo telah ditangkap di rumahnya di Thailand oleh Bahagian Pencegahan Jenayah Polis Thailand semalam dan didakwa cuba memeras ugut dan pemerasan terhadap PetroSaudi International.

"Komputer, pemacu keras dan bukti lain dirampas selepas mendapat waran geledah dari mahkamah dan siasatan sedang dijalankan," kata PSI dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya ia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang seterusnya di negara-negara lain.

Tindakan itu diambil selepas lawanweb pemberi maklumat Sarawak Report mendedahkan beberapa komunikasi emel syarikat itu dengan 1MDB.

[Baca berita penuh/asal]