Polis teliti jika ada unsur pecah amanah
Pihak polis sedang meneliti dakwaan skandal penipuan hartanah yang melibatkan agensi kerajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya sedang menentukan sekiranya terdapat unsur-unsur pecah amanah.
"Jika tidak, perkara itu akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.
Menurutnya lagi, jika polis mahu menjalankan siasatan, maka semua pihak yang berkaitan akan disoal siasat.
Menjawab soalan, beliau berkata siasatan itu turut termasuk rakaman kenyataan Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan siasat terperinci dilakukan selepas isu tersebut dilaporkan oleh media Australia.
Akhbar Australia The Age mendakwa sekumpulan pegawai MARA yang amat kaya, menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia, untuk membida harga blok apartmen di Melbourne, daripada A$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta).
Laporan itu juga mendakwa dengan wang perbezaan itu didakwa dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

