Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ia diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Azmin Ali dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemberian bonus itu melibatkan 17,534 kakitangan yang berkelayakan dan berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Azmin berkata, bonus itu akan dibayar pada 9 Julai ini.

Katanya, ia sebagai menghargai khidmat penjawat awam negeri dalam melaksanakan dasar kerajaan negeri secara profesional dan berintegriti.