1MDB hari ini berkata siasatan awal pihak berkuasa Thailand menunjukkan emel PetroSaudi International (PSI) yang bocor, telah diusik.

Syarikat milik Kewangan Kementerian itu berkata demikian ekoran penangkapan seorang bekas kakitangan PSI, Xavier Jutso (gambar) di Thailand.

Katanya, 1MDB mengambil maklum laporan akhbar hari ini mengenai penangkapan seorang bekas kakitangan PetroSaudi yang cuba memeras ugut berhubung maklumat emel milik PetroSaudi itu.

 

"Kami juga ambil maklum bahawa siasatan awal menunjukkan sesetengah emel yang bocor itu telah diusik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

1MDB diselubungi kontroversi selepas sebuah laman pemberi maklumat mendedahkan komunikasi emel yang bocor itu.

1MDB berkata ia yakin bahawa kebenaran akan terbukti juga akhirnya.

Sarawak Report dalam surat terbukanya hari ini mempertahankan kredibiliti komunikasi emel itu.

[Baca berita penuh/asal]