Penganut Islam di Pakistan dinasihatkan agar tidak berpuasa bagi menghadapi cuaca panas melampau yang mencecah 45 darjah Celcius menyebabkan sekurang-kurangnya 700 orang maut dalam bulan Ramadan.

Seorang ulama terkemuka negara itu, Tahir Ashrafi dilaporkan sebagai berkata, nasihat itu ditumpukan kepada warga yang terdedah kepada fenomena berkenaan.

“Kami sudah tegaskan dalam pelbagai saluran televisyen bahawa mereka yang berisiko tinggi, terutamanya di Karachi yang mengalami situasi serius, agar mengelakkan daripada berpuasa,” katanya seperti dilaporkan ABC News.

Pasukan tentera Pakistan kini dikerahkan untuk menubuhkan pusat bencana bagi membantu warganya fenomena gelombang haba tersebut.

Karachi mencatat jumlah korban paling besar, seramai 311 semalam yang menjadikan jumlah mangsa seramai 744 orang di ibu negara itu.

Seramai 38 orang lagi meninggal dunia akibat fenomena sama di bahagian lain di negara itu.

Pada bulan lalu, hampir 1,700 orang maut di negara jirannya, India akibat fenomena sama.