Ibu lapor Ah Long kurung anaknya
Diterbitkan: Jun 25, 2015 5:50 AM | Dikemas kini: Jun 25, 2015 3:56 PM
Seorang ibu melaporkan kepada polis di Kuching semalam bahawa anaknya dikurung sekumpulan "Ah Long' di Alor Setar, Kedah.
Ibu berusia 43 tahun itu berkata dia menerima panggilan dari anak lelakinya yang bekerja di Alor Setar dengan memaklumkan dia dikurung sejak Isnin lalu.
Dalam laporannya, wanita berkenaan memberitahu anaknya telah memintanya mendeposit RM2,000 ke dalam sebuah akaun bank sebagai syarat untuk dia dilepaskan.
Polis sedang menyiasat laporan itu.
- Bernama

