Umno, mentol lampu dan 'CIA-Yahudi'
Berapa ramai ahli politik yang diperlukan untuk menukar mentol lampu? Ada yang mendakwa ia memerlukan empat orang. Seorang untuk menukar mentol, dan tiga lagi untuk menafikannya.
Malam tadi, ahli-ahli politik Umno nampaknya resah dengan laporan Malaysiakini mengenai mentol lampu yang padam di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur.
Mereka yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim di PWTC geli hati apabila mendapati di kalangan tujuh potret presiden Umno, imej Tun Dr Mahathir Mohamad gelap tidak kelihatan.
Ini mendorong ramai orang untuk mengambil gambar itu, termasuk berselfi dan memuat-naikkannya di media sosial.
Malaysiakini menyiarkan satu laporan mengenai perkara itu, dan tidak pernah mendakwa yang lampu itu sengaja dipadamkan.
Sebaliknya, laporan itu memetik seorang pengawal keselamatan yang berkata mentol lampu itu terbakar.
Tidak lama selepas ini, lampu yang terbakar itu telah digantikan.
Tetapi, walaupun terdapat bukti bergambar, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Osman menafikan kejadian seperti itu pernah berlaku.
Bercakap kepada Malaysiakini , satu sumber yang rapat dengan Mahathir mengesahkan menerima panggilan mengenai mentol lampu yang padam itu.
"Mereka yang menghadiri majlis buka puasa itu, menelefon memberitahu saya tentang perkara itu. Jadi saya terkejut mereka menafikannya," katanya sambil ketawa.
Blog yang dikendalikan oleh bekas editor kanan New Straits Times Firdaus Abdullah juga turut menyebut tentang perkara itu dalam satu posting dan memaparkan potret-potret tersebut dengan imej Mahathir yang gelap.
"Gambar di-atas diambil oleh seorang rakan yang berada diperkarangan PWTC selepas solat Terawih sekitar jam 10 malam tadi. Rakan saya terkejut dengan gambar yang dirakam menerusi telefon bimbit dan terus menghubungi saya."
Pengintipan CIA-Yahudi
Tidak ketinggalan, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin turut mengkritik Malaysiakini .
"Sengaja dimainkan oleh media tertentu sama seperti kenyataan pengerusi MARA diput
Ini merujuk kepada satu lagi laporan Malaysiakini semalam, di mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mendakwa telah "putar belit".
Khairy, bagaimanapun, tidak menyebut sama ada beliau telah mendengar rakaman audio yang disiarkan di Malaysiakini, yang mendedahkan bahawa Annuar berkata, "Ya", apabila ditanya sama ada perdana menteri meluluskan pembelian satu hartanah oleh MARA di Australia.
Selain daripada itu, Malaysiakini juga turut menjadi sasaran di Twitter dan blog-blog Umno.
Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pula menyamakan mentol lampu itu dengan jaringan perisikan antarabangsa yang melibatkan orang Yahudi dan CIA.
"Ingat2lah laman2 web yg putar belit. Salah kita kunjungi mereka. Ini kerja yahudi nasrani n penitipan CIA terhadap kita.
"Saya cukup sedih kerana kita mudah di perbodohkan oleh orang barat khususnya Am erica sehingga letronik media yg jelas mereka guna intip kita
"Live in the world of reality not in a dream world life is short hati hati intipan melalui media social esp orang barat dan CIA near us," katanya dalam tweet.

