Datuk Seri G Palanivel bukan lagi ahli MIC manakala Datuk Seri Dr S Subramaniam kini menjadi pemangku presiden parti itu, demikian menurut Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Ini dinyatakan dalam surat daripada Ketua Pengarah ROS, Datuk Muhammad Razin Abdullah kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang dipilih pada tahun 2009, yang diiktiraf oleh ROS sebagai penyandang jawatan parti yang sah.

Surat itu juga menyatakan bahawa Subramaniam mempunyai mandat untuk memimpin CWC dalam mengadakan pemilihan semula kepimpinan MIC.

Sementara itu, Bernama melaporkan Subramaniam, dalam satu kenyataan, menyebut perkara itu disahkan dalam surat Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah kepada setiausaha agung Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim 2009 parti itu hari ini.

Subramaniam memetik surat tersebut menyatakan Palanivel telah hilang keanggotaan mengikut Artikel 91 Perlembagaan MIC.

Katanya beliau akan menjalankan tugas atas kapasiti sebagai pemangku presiden untuk mengetuai CWC 2009 bagi mengadakan pemilihan semula MIC seperti yang telah diputuskan oleh ROS.

[Baca berita penuh/asal]