Bayar lebih adalah budaya kita, kata Dr M
Diterbitkan: Jun 25, 2015 10:33 PM | Dikemas kini: Jun 26, 2015 9:53 AM
Rakyat Malaysia adalah pemurah, itu kita punya budaya.
Itulah reaksi bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai dakwaan bahawa MARA telah membeli hartanah di Melbourne pada harga yang tinggi.
"Yang itu kita punya budaya. Bila kita beli apa-apa pun, kita lebih pemurah, kita bayar lebin banyak. Jadi tiada lain, biasa macam tu.
"Saya pun bila pi kedai beli barang, saya bagi duit RM, (dan bagitahu pekedai) simpan bakinya," kata beliau kepada pemberita selepas satu majlis di Kuala Lumpur malam ini.
Bagaimanapun, Mahathir enggan mengulas lanjut mengenainya.

