Pemuda Umno PP lapor polis terhadap ketua DAPSY

   

Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung beberapa tuduhan oleh Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Ng Wei Aik yang telah mengaitkan Umno negeri itu terhadap beberapa kejadian vandalisme di sekitar bangunan-bangunan DAP di negeri itu.

Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata laporan itu dibuat bagi menggesa pihak polis menyiasat tuduhan itu.

"Ini satu tuduhan yang cukup berat," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Timur Laut, di George Town semalam.

Selain itu, berhubung struktur logo tulisan Umno yang cuba dirobohkan oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Jumaat lepas, Rafizal berkata parti itu sebenarnya telah bersetuju dengan MBPP pada Jumaat pagi untuk memohon permit pada Isnin lepas.

"Mereka datang dan cuba meroboh struktur tulisan Umno ini pada tengah hari Jumaat, adalah tidak adil mengatakan Umno tidak mengikut peraturan," katanya.

Beliau berharap pihak MBPP tidak merobohkan struktur logo itu sehingga Umno mendapat permit untuk logo berkenan di bangunan Menara Umno di Jalan Macalister dekat George Town.

- Bernama

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In