Ramadhan, peluang tingkat keharmonian agama
Bagi kumpulan Friendship Group of Interfaith Services (FGIS), bulan Ramadhan adalah peluang untuk merapatkan persefahaman dan berdakwah untuk keharmonian agama.
Malam tadi, kumpulan itu mengadakan majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh kumpulan agama di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
Sebelum majlis berbuka puasa itu, wakil-wakil pelbagai kumpulan agama bergilir bercakap mengenai amalan berpuasa dari perspektif agama masing-masing.
Seorang lagi penceramah di majlis itu dari Abim, Sayyid Hussain turut bersetuju dengan sentimen Sri Saranankara itu.
Menurutnya, tidak ada agama di dunia yang menggalakkan keganasan.
Sayyid, seorang pendakwah, berkata rakyat pelbagai agama boleh hidup bersama kerana semua agama percaya dalam memupuk keamanan dan keharmonian.
Pengasas bersama FGIS, Billy Fong berkata kumpulan itu menganjurkan pelbagai acara antara agama yang sama sebelum ini, seperti drama, kem belia dan malah orkestra antara agama yang membuat persembahan sekurang-kurangnya sekali setahun.
"Adalah baik bagi penganut berlainan agama untuk mengenali antara satu sama lain. Malaysia memerlukan lebih banyak interaksi antara agama," katanya.

