Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) merancang menggunakan pesawat udara lebih kecil sebagai sebahagian daripada pembaharuan operasinya selepas dua kemalangan berlaku tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller berkata saiz kapal terbang syarikat itu ketika ini terlalu besar kerana ia dibeli ketika pasaran menghubungkan Eropah dan Australia kukuh di kalangan pengendali Asia Tenggara.

"KIta perlu mengubah semula diri sendiri dengan mengambil kira saiz pesawat," katanya dalam temu bual di Kuala Lumpur.

Mueller berkata, masa selama 10 tahun diperlukan untuk pembaharuan itu dengan mengambil contoh pesawat 747-400 yang digantikan dengan pesawat lebih kecil, bukannya A380 atau 747-800.

[Beca berita asal]