S'wak Report tunjuk bukti tangkis dakwaan 'diubah'
Portal pemberi maklumat Sarawak Report hari ini menunjukkan dokumen bocor milik PetroSaudi International (PSI) yang dikatakan telah diubah, untuk membuktikan bahawa tidak ada perubahan pada kandungannya.
Ia sebagai respons kepada laporan akhbar New Straits Times, yang memetik firma perisikan siber - Protection Group International (PGI) - yang membuat dakwaan tersebut.
"Sebagai contoh, apabila kita lihat ke dalam fail PowerPoint yang ada dalam salah satu blog Sarawak Report, kami menemui bukti dalam metadata fail tersebut bahawa ia telah dikendalikan oleh "xavierj" tertentu pada tahun 2013.
Walaupun dakwaan itu dibuat oleh sebuah syarikat swasta yang diupah oleh PSI, Putrajaya menggunakan ini sebagai asas untuk mengancam tindakan terhadap pengkritik 1MDB.
Maklumat bocor dari PSI membabitkan komunikasi dengan 1MDB, yang menyebabkan1MDB terlibat dalam kontroversi.
Sarawak Report berkata fail yang dirujuk oleh PGI itu adalah satu presentasi PowerPoint yang diwujudkan oleh firma guaman PSI - White & Case - untuk menunjukkan bagaimana AS$700 juta mungkin telah dipindahkan daripada usahasama antara PSI dan 1MDB.
Laman web pemberi maklumat itu telah mendakwa bahawa jumlah tersebut akhirnya disalurkan kepada Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikuasi oleh jutawan Malaysia Jho Low, yang rapat dengan keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Menumpukan kepada dokumen PowerPoint itu, Sarawak Report menunjukkan versi pertama fail itu yang telah diwujudkan pada tahun 2009, dengan metadata yang menunjukkan ia kali terakhir dikendalikan oleh "pengguna WC", merujuk kepada firma guaman PSI.
Ini dibanding dengan versi 17 Januari 2013, di mana metadatanya menunjukkan "xavierj" sebagai pengendali terakhir dan telah dirujuk oleh PGI sebagai yang telah diubah.
"Versi PowerPoint ini memang mengandungi metadata yang menunjukkan bahawa ia telah di 'saved' (disimpan) oleh 'xavier' pada tahun 2013.
"Tetapi salinan PowerPoint itu sendiri tidak berubah sama sekali.
"Tidak ada bukti apa pun untuk menyokong dakwaan bahawa Justo mengusik atau mengubah dokumen asal - dia hanya buka dan menyalinnya," kata Sarawak Report.
Portal pemberi maklumat itu berkata, satu-satu masa di mana kandungan fail itu diubahsuai adalah sehari selepas ia diwujudkan, pada 21 September 2009, oleh firma guaman PSI - White & Case.
Katanya, ia dilakukan untuk menambah nama syarikat yang berpejabat di Jersey, milik PSI, yang dibiarkan kosong apabila fail tersebut pada mulanya diwujudkan kerana syarikat itu masih belum diperbadankan.
Sarawak Report juga menunjukkan emel dari White & Case kepada PSI, memaklumkan kepada PSI tentang penambahan itu.
Sarawak Report juga memuat naik versi " pengguna WC " asal fail tersebut dan apa yang dikatakan versi "pindaan" oleh " xavierj " dan meminta pembaca sendiri membandingkannya.
Portal pemberi maklumat itu menuduh PSI berniat tidak baik dalam menjajakan naratif mengenai maklumat yang didakwa dipinda itu, kerana ia juga memiliki dok umen-dokumen tersebut dan mengetahui tentang fakta-faktanya.
"Semua bukti yang kita ada, juga ada kepada PetroSaudi. Oleh itu, kita boleh menambah bahawa PetroSaudi sengaja dan dengan niat jahat berbohong apabila ia mendakwa bahawa bekas pekerjanya telah mengusik dan meminda dokumen tersebut.
"Dalam kes 'pakar-pakar' y ang diupah dari PGI, telah sama ada salah petik atau mereka telah membesar-besarkan signifikan penemuan mereka untuk disesuaikan dengan keperluan PetroSaudi, yang telah mengupah PGI untuk melemahkan bukti penglibatan mereka dalam penipuan bernilai berbilion ringgit," katanya.
Portal pemberi maklumat itu menambah bahawa ia akan menuntut penjelasan mengenai dakwaan maklumat 'diubah' itu.
Sehingga kini, PSI dan 1MDB telah bertegas bahawa dakwaan Sarawak Report adalah berdasarkan "maklumat yang diubah" tetapi tidak pernah mengemukakan bu
Sarawak Report bertegas bahawa laporannya adalah betul dan telah mencabar pengkritik menyaman portal ini.

