Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Bukan semua orang kaya kaki rasuah
Diterbitkan:  Jul 4, 2015 1:38 PM
Dikemaskini: 6:15 AM

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini memberi teguran, tidak wajar untuk sesiapa menggelar semua ahli politik yang kaya sebagai pengamal rasuah.

"Anda tengok seorang ahli politik, anda tengok gaya hidupnya, anda rasa dia hidup di luar kemampuannya.

"Anda tidak sepatutnya terus pergi dan mengadakan sidang media dan mengatakan lelaki itu adalah perasuah," katanya dalam forum bertajuk Centrality of Integrity for the Next Generation di Bangi hari ini.

Sehubungan itu, Khairy berkata, berbanding memanggil seseorang itu mengamalkan rasuah, pihak terbabit sepatutnya membuat laporan berhubung keraguan itu kepada pihak berkuasa terlebih dahulu supaya dakwaan mereka boleh dibuktikan.

Walaupun tidak menamakan sesiapa, dipercayai kenyataan itu dibuat Khairy berikutan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog bekas perdana menteri itu semalam.

Menulis diblognya, Mahathir berkata gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melebihi apa yang diperolehinya selama berkhidmat selama 29 tahun dalam kerajaan.

Sementara itu Khairy berkata dia menyokong Datuk Seri Najib Razak jika perdana menteri itu mengambil tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal yang melaporkan sejumlah AS$700 juta dana 1MDB didepositkan ke akaun persendirian beliau.

Kata Khairy, Najib telah menafikan dakwaan itu dan mempunyai hak untuk ambil tindakan undang-undang.

"Semalam beliau telah buat penafian bersama anak syarikat 1MDB Ihsan Perdana Sdn Bhd.

"Laporan (WSJ) itu tidak boleh diterima kerana dibuat tidak mempunyai bukti berasas.

"Pembuktian perlu dibuat oleh penuduh, bukan orang yang tertuduh," katanya.

Lihat Komen
ADS