Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Palanivel dilarang fungsi sebagai presiden MIC
Diterbitkan:  Jul 7, 2015 5:00 AM
Dikemaskini: Jul 7, 2015 4:26 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah injunksi sementara bagi menghalang Datuk Seri G Palanivel daripada menggelarkan dirinya sebagai presiden parti, mengadakan mesyuarat atau meluluskan resolusi bagi pihak parti itu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohd Zaki Wahab membenarkan permohonan Pengerusi Cawangan MIC Ampang Jaya, Datuk N Muneandy mendapatkan perintah tersebut susulan notis permohonan saman pemula yang difailkan oleh beliau terhadap Palanivel.

Muneandy memfailkan permohonan itu Jumaat lepas di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Vas & Co.

Sementara itu, Muneandy, dalam sidang media di Ibu Pejabat MIC di ibunegara berkata permohonan injunksi sementara itu difailkan bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan anggota MIC khususnya pengerusi cawangan.

"Saya memfailkan permohonan injunksi ini atas kapasiti peribadi sebagai pengerusi cawangan selepas mendapat kebenaran daripada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Interim MIC 2009," katanya.

Sementara itu, peguam A. Vasanthi berkata perintah injuksi itu bagi memastikan hanya terdapat seorang pemangku presiden yang sah dan CWC Interim 2009 diperakui oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai jawatankuasa yang sah untuk mengendalikan proses pemilihan semula parti itu.

- Bernama

Lihat Komen
ADS