Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO antirasuah mohon bertemu Bank Negara
Diterbitkan:  Jul 7, 2015 10:29 AM
Dikemaskini: 4:25 AM

NGO Pusat Melawat Rasuah dan Kronisme (C4) menulis kepada Bank Negara bagi meminta sebuah pertemuan diadakan susulan dakwaan pergerakan “meragukan” AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun perdana menteri.

Mereka mengambil tindakan itu selepas Bank Negara memulakan siasatan rasmi terhadap syarikat pelaburan negara yang terbeban hutang 1MDB pada 3 Jun lalu.

“Pelbagai masalah syarikat mula menggunung menyebabkan kebimbangan besar terhadap dakwaan-dakwaan dan salah laku, yang memerlukan campur tangan segera oleh institusi awam di negara ini,” kata NGO itu.

C4 berkata Bank Negara bertanggungjawab mempromosikan kestabilan sektor ekonomi dan bank pusat itu juga dilihat suara bebas yang mampu merungkai masalah sekitar isu 1MDB.

Mereka juga berharap pertemuan itu dapat dijayakan kerana Bank Negara memang menjadikan pandangan awam sebagai keutamaan mereka, seperti dinyatakan dalam laman webnya.

Surat itu dikarang oleh pengerusi C4 Simon Sipaun dan pengarah-pengarahnya Cynthia Gabriel, Ahmad Farouk Musa dan Richard Yeoh.

Surat itu dialamatkan kepada gabenor dan pengerusi Bank Negara Zeti Akhtar Aziz.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS