Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemimpin Umno WP mahu AmBank buka mulut
Diterbitkan:  Jul 7, 2015 12:48 PM
Dikemaskini: 4:49 AM

Seorang pemimpin Umno Wilayah Persekutuan menggesa AmBank mengeluarkan kenyataan berhubung dakwaan dana daripada badan berkaitan 1MDB disalurkan ke akaun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Oleh kerana perkara ini melibatkan kepentingan awam dan melibatkan dakwaan salah urus dana pelaburan negara, AmBank mempunyai tanggungjawab moral, kepada rakyat Malaysia, untuk mendedahkan sama ada transaksi itu berlaku.

“AmBank, justeru, harus membuat penafian umum berhubung jumlah besar tunai daripada 1MDB yang berakhir dalam akaun Najib,” kata ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee.

Menulis dalam blognya hari ini, Syed Ali juga menggesa gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz membersihkan nama Najib daripada sebarang kesalahan salah laku atau menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kepentingan politik dan kewangan.

“Zeti dihormati pelbagai pihak kerana kerja-kerjanya. Dan beliau mesti bangun untuk perdana menteri, yang berulang kali menyelar kempen memburukkannya demi merosakkan imej baik dan menamatkan karier politiknya lebih awal,” katanya.

Bank Negara setakat ini masih berdiam diri terhadap laporan The Wall Stree Journal (WSJ) minggu lalu bahawa AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana 1MDB disalurkan ke akaun peribadi Najib di AmBank.

Najib Razak semalam menegaskan beliau tidak akan mengkhianati rakyat dan negara dan akan berusaha mencari jalan kebenaran dalam menangkis segala tuduhan dilemparkan terhadap kepimpinannya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS