Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota parlimen pembangkang diminta bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menggesa beliau supaya menasihati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bercuti.

"Saya mencadangkan kepada ahli-ahli parlimen bertemu dengan timbalan perdana menteri, supaya beliau boleh meminta perdana menteri bercuti," kata penaung NGO masyarakat sivil Negaraku hari ini.

"Ini kerana terdapat penyiasatan yang sedang dijalankan," kata peguam itu lagi.

Beliau yang juga bekas pengerusi NGO BERSIH 2.0 berkata tindakan itu penting bagi memastikan penyiasatan yang dilakukan dengan adil.

Walaupun begitu, Ambiga turut mendesak pilihan raya umum yang baru diadakan dalam tempoh satu tahun bagi membolehkan rakyat membuat keputusan memilih mandat baru.

Oleh itu, beliau berkata terdapat keperluan untuk membentuk sebuah kerajaan sementara yang lebih baik diisi oleh kerajaan perpaduan.

Ambiga berkata demikian ketika bercakap kepada lebih 100 Ahli Parlimen pembangkang dan masyarakat sivil wakil NGO di dataran Parlimen.

Mereka telah berkumpul di sana untuk membincangkan berhubung laporan kontroversi Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan Najib dalam menyalurkan dana kerajaan.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS