Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pembangkang mahu sidang khas Parlimen
Diterbitkan:  Jul 7, 2015 4:00 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

Satu sidang khas Parlimen harus dipanggil brhubung dakwaan bahawa dana 1MDB disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ketika menegaskan demikian hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan bahawa ianya perlu kerana dakwaan yang dibuat oleh Wall Street Journal (WSJ), perlu diberi perhatian serius.

Katanya sidang khas Parlimen perlu dipanggil dan Gabenor Bank Negara dan Peguam Negara perlu hadir untuk menjelaskan perkembangan siasatan kes itu.

Manakala perdana menteri, katanya, perlu mengambil cuti sementara menunggu keputusan siasatan tersebut.

Wan Azizah menegaskan demikian ketika berucap kepada lebih 100 ahli Parlimen dan wakil masyarakat sivil yang berkumpul di Dataran Parlimen bagi membincangkan dakwaan terhadap PM itu.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS