SUA PAS: Hadi, Haron tak pertahan PM

Kow Gah Chie        

Presiden PAS dan mursyidul amnya tidak mengeluarkan kenyataan mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkaitan laporan Wall Street Journal, kata Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan jelas mengatakan bahawa "Najib bukan malaikat" sementara Datuk Dr Haron Din pula meminta agar dakwaan terhadap Najib itu disiasat.

"Abdul Hadi kata Najib bukan malaikat. Ini bermakna (Hadi membayangkan) dakwaan itu mungkin benar.

"Haron pula berkata bahawa pendedahan itu seperti tidak logik tetapi perlu disiasat. Kami di dalam PAS tidak menyokong sesiapa yang menyembunyikan kebenaran," katanya.

Ditanya mengenai Najib yang secara terbuka berterima kasih kepada Haron sebanyak dua kali - pada Ahad dan semalam, Takiyuddin berkata media perlu bertanya kepada perdana menteri maksud disebaliknya kenyataannya itu.

[Baca berita asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In