Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan tak akan henti pinjaman perumahan
Diterbitkan:  Jul 8, 2015 3:00 PM
Dikemaskini: 7:07 AM

Kerajaan tidak akan memberhentikan pinjaman perumahan kepada penjawat awam seperti yang dilaporkan oleh sebuah stesen televisyen dalam talian baru-baru ini.

Laporan itu menyebut bahawa kerajaan akan berbuat demikian bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara.

 

"Kementerian kewangan amat kesal atas kenyataan tersebut yang disiarkan tanpa merujuk kepada kementerian terlebih dahulu," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Malah, kerajaan akan menambah baik urusan pembiayaan pinjaman perumahan untuk penjawat awam.

"Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara berkaitan pinjaman perumahan penjawat awam."

LPPSA akan memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen engan mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS