Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Belum ada yang mencurigakan, kata PAC
Diterbitkan:  Jul 9, 2015 4:45 PM
Dikemaskini: 5:48 PM

Jabatan Audit Negara belum menemui apa-apa yang mencurigakan dalam auditnya ke atas 1MDB, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini.

Bagaimanapun, Nur Jazlan berkata, laporan itu belum lengkap dan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan.

"Mereka masih melakukan kerja mereka [...] masih tiada kesimpulan.," katanya.

Apabila laporan akhir siap pada akhir tahun ini, katanya, mereka akan mempunyai kesimpulan mengenai siapa yang bersalah, dan sebagainya.

Nur Jazlan berkata demikian semasa waktu berehat taklimat kepada PAC oleh Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang, mengenai penemuan awal jabatannya dalam audit 1MDB.

Sambil memuji ketelitian penyiasatan Ketua Audit Negara dan laporannya, Nur Jazlan berkata ia menyediakan lebih maklumat kepada PAC untuk menyiasat pegawai 1MDB.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen
ADS