Jika terdapat satu kedudukan untuk ahli politik yang paling teruk dikritik di negara ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan mungkin akan mendapat undian tertinggi dan duduk di petak pertama.
Sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan, Ketua Penerangan Umno yang terkenal dengan ‘resipi nasi goreng bebas GST’, itu sentiasa di hujani dengan kecaman.
Walaupun di bulan Ramadan, warga media sosial tetap tidak menghentikan serangan terhadapnya.
Ahmad Maslan dalam tulisannya di Twitter menyatakan bahawa Ramadan merupakan singkatan daripada “ Remembering Allah Morning, Afternoon, Day And Night ” (ingat Allah, pagi, petang, siang dan malam).
Ia bagaimanapun disambut dengan ringkasan-ringkasan nakal daripada pengguna Twiter.
@marwanmasri: Ramadan - Remember Ahmad Maslan Afternoon Day And Night (Ingat Ahmad Maslan tengah hari, siang dan malam).
@BeliaBenciUMNO: Ringgit Asyik Menjunam Aku Dengar Aku Nangis.
@wandoit: Ramadan - Relaks Ahmad Maslan ada di samping anda Najib!
Sementara seorang pengguna maya yang lain pula menyeru Ahmad untuk mengingati Allah sepanjang masa dan bukan hanya pada bulan Ramadan.
Manakala seorang pengguna yang lain mengingatkan Ahmad dengan berkata “Ingat, hari-hari terakhir anda bakal tiba”.
