Ahli politik dengan imiginasi terlampaunya sedang merosakkan realiti dengan menunjukkan senario liar bagi menjustifikasikan bahawa ketiadaan hak asasi seperti kebebasan bersuara di Malaysia, kata aktivis Marina Mahathir

"Ini adalah cara perkara yang telah dirosakkan. ‘Oh, jika kamu tidak ada kebebasan bersuara maksudnya kamu boleh berjalan-jalan dengan memakai bikini.

“Maafkan saya, tetapi siapa kata mereka mahu berjalan dengan memakai bikini? Kamu pergi ke New York City atau London ada kamu lihat orang berjalan-jalan dengan memakai bikini? Tak, mereka tidak! (pakai bikini).

“Mari berhenti membayangkan perkara tidak masuk akal ni, dan bercakap tentang kehidupan sebenar, di mana orang perlu hidup dalam kehidupan sehariannya,” katanya dalam temubual bersama Malaysiakini pada Khamis lalu.

Marina memberi komentar pedas itu ketika ditanya mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak pada 30 Jun lalu bahawa rakyat Malaysia tidak boleh melampau sehingga menjadi pengganas dan tidak terlalu terbuka bahawa mereka boleh mengadakan perarakan gay.

“Siapa yang akan mengadakan perarakan gay? Dari mana ia datang? Tidak ada siapa yang menyeru kepada perarakan gay; tidak ada yang menyeru untuk perkahwinan gay di negara ini.

“Kamu tidak ada hak asasi. Malah tidak ada hak asasi untuk komuniti gay, tapi (tidak ada) hak asasi untuk semua orang bercakap... Mari bercakap soal dasar hak asasi terlebih dahulu dan jangan mulakan spekulasi,” katanya.

Malaysia ketika ini berada di kedudukan 103 daripada 133 negara untuk hak individu, demikian menurut Indeks Kemajuan Sosial 2015 daripada pengkaji Kemajuan Sosial Negara.

Dalam indeks juga meletakkan Malaysia di tempat ke-110 untuk kaum, agama, toleransi seksual dan keterangkuman.

Marina, yang juga ahli Lembaga NGO Sister In Islam berkata penindasan di negara ini disebabkan oleh fenomena konservatif global yang semakin meningkat.

 

"Orang ramai takut berubah, jadi mereka boleh tinggal dalam apa yang menjadi kebiasaan mereka.

"Malangnya mereka berfikir satu-satunya cara untuk merasai kebiasaan iaitu dengan menjadi lebih menindas dan hukuman yang lebih," katanya.

Sebaliknya, Marina berkata kerajaan perlu memastikan bahawa orang yang mempunyai pegangan iman yang kuat, namun menegaskan keimanan tidak boleh dipaksa ke atas seseorang.

Beliau turut memberi amaran terhadap undang-undang agama yang digubal oleh manusia yang menurutnya dipengeruhi berat sebelah dan oleh itu ia menjadi tidak adil.

"Agama datang kepada kita untuk memberi kehidupan yang lebih baik, untuk buat semua orang rasa merasai sebahagian dan menjadi adil,” katanya.

[Baca berita asal]