Polis mengesahkan akan menyiasat semua pihak yang relevan susulan dakwaan tiga pegawai kanan Bank Negara membocorkan “maklumat sensitif” kepada The Wall Street Journal (WSJ).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian ketika ditanya sama ada tiga pegawai itu akan disiasat.

Turut disiasat, katanya, termasuk pihak daripada bank serta anggota pasukan petugas khas yang dibentuk sebelum ini.

Penulis blog kontroversi Raja Petra Kamaruddin ialah pihak pertama mendakwa bahawa tiga pegawai Bank Negara disiasat susulan pembocoran itu.

Khalid mengesahkan terdapat laporan polis dibuat susulan perkara itu.

Katanya, polis juga mengambil maklum bahawa Raja Petra sekarang sedang berada di luar negeri.

[Baca berita asal]