Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat di ibu negara mendorong Tunku Idris Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat Malaysia supaya bersatu tanpa mengira perbezaan.
Dalam satu tulisan di Instagram, baginda mengajak rakyat supaya tidak menjadikan insiden tersebut sebagai isu politik atau perkauman.
"Marilah bersatu sebagai 'Bangsa Malaysia'," tulis baginda.
Satu gambar turut memaparkan petikan kata-kata ringkas yang mengulangi hasratnya.
Petikan itu menyebut bahawa untuk menjadi orang baik tidak bergantung kepada 'agama atau status dalam kehidupan, bangsa atau warna kulit kamu, pandangan politik atau budaya' seseorang.
Petikan itu juga diakhiri bahawa menjadi orang baik bergantung bagaimana seseorang itu melayani orang lain.
