Ketua pegawai eksekutif dan anggota lembaga pengarah CIMB Islamic Badlisyah Abdul Ghani akan meletakkan kesemua jawatannya berkuat kuasa 15 Ogos ini.

Badlisyah juga ketua perbankan Islam dan francais kewangan CIMB Group Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, lembaga pengarah CIMB Islamic mengumumkan mereka sudah memilih Mohd Shafri Shahul Hamid menguruskan bank itu.

Mereka juga dalam proses mengenal pasti pengganti Badlisyah.

CIMB Islamic executive director & CEO Badlisyah Abdul Ghani 010415 05 Pengerusi CIMB Islamic Syed Muhammad Syed A Kadir berkata mereka menghormati keputusan Badlisyah dan berharap yang terbaik untuk kerjayanya.

“Sejak pelantikannya pada 2006 Badlisyah telah mengukuhkan francais perbankan Islam global kami dan kami sekarang dalam kedudukan baik di peringkat antarabangsanya untuk menangani cabaran dan peluang,” katanya.

Badlisyah terperangkap dalam kontroversi minggu lalu selepas membuat komen di Facebook peribadi yang mempersoal kesahan dokumen yang digunakan oleh The Wall Street Journal (WSJ).

Laporan itu mendakwa dana daripada RM2.6 bilion daripada syarikat berkaitan 1MDB disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau mencadangkan bahawa WSJ menjadi mangsa dokumen palsu dan menyandarkan alasannya kepada dokumen pesanan Swift yang dinyatakan pada dokumen itu.

Malaysiakini bagaimanapun menemui kesilapan dalam tafsirannya terhadap dokumen itu, terutamanya berkaitan kod Swift yang digunakan.

[Baca berita asal]