Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Muncul pula SD 'pegawai AmBank yang dipecat'
Kumpulan pemantau antirasuah mendakwa seorang pegawai bank dipecat setelah cuba memberitahu Bank Negara berhubung transaksi melibatkan jumlah besar ke dalam akaun dikatakan dikawal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi menyokong dakwaan itu, Citizens for Accountable Governance Malaysia (CAGM) memuat naik akuan bersumpah dalam blognya yang didakwa dibuat oleh seorang bekas pegawai AmBank.

“Oleh kerana transaksi itu lebih besar daripada jumlah dibenarkan, saya terpaksa beritahu Bank Negara dan saya beritahu pegawai atasan saya bahawa saya terpaksa ikut prosedur,” akuan bersumpah itu dipetik.

Pegawai itu juga mendakwa pihak atasannya yang ketika itu sedang bercakap dalam telefon dengan seorang pegawai kanan AmBank kemudian menghempas telefon dan mengarahkan supaya arahan itu dipatuhi.

Katanya, alasan diberikan bahawa transaksi itu melibatkan seorang orang kenamaan.

“Apabila saya ketengahkan prosedur itu, pegawai atasan saya jerit dan beritahu saya Bank Negara sudah beri lampu hijau untuk pindahan itu dan saya hanya perlu ikut arahan,” menurut SD itu.

SD itu juga mendakwa, seorang lelaki mendakwa diminta melepaskan penghantaran wang daripada UBS Bank Singapura dengan jumlah SG$7 juta dalam tiga transaksi pada 2 Mei 2013 dengan SG$14 juta pada minggu sebelumnya.

Malaysiakini sudah menghubungi AmBank dan masih menunggu maklum balasnya berhubung dakwaan itu.

[Baca berita asal]
Lihat Komen
ADS