Pengarah urusan bagi sebuah syarikat ditahan reman selama lima hari mulai hari ini untuk membantu pasukan petugas khas menyiasat kes firma pelaburan 1MDB.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lelaki berusia 54 tahun itu dan beliau akan membantu siasatan berkaitan dengan SRC International Sdn Bhd - syarikat yang dimilik Kementerian Kewangan yang menjadi sebahagian 1MDB.

"Dia ditahan di sebuah hotel di Mutiara Damansara, Petaling Jaya petang semalam.

"Perintah tahanan reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya," katanya SPRM dalam satu kenyataan petang ini.

Sebelum dilaporkan lelaki tersebut berprofil tinggi yang berpangkat 'Datuk'.

Lelaki terbabit adalah individu kedua yang ditahan oleh Pasukan petugas Khas yang menyiasat dakwaan salah guna dana 1MDB.

Semalam, mahkamah majistret di Putrajaya membenarkan anggota pasukan khas menahan reman seorang pengarah yang dikaitkan dengan 1MDB di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

[Baca berita asal]