Malaysiakini
Malaysiakini BERITA

Ribuan berarak sambut kemerdekaan S'wak

Norman Goh

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Amaran ketua polis negara supaya tidak berhimpun gagal menghalang ribuan rakyat Sarawak berarak di jalan raya di Kuching untuk menyambut ulangtahun kemerdekaan Sarawak yang ke-52.

Himpunan tersebut adalah yang terbesar sejak diadakan pada 2013.

Kumpulan tersebut berhimpun di Padang Rekreasi Jubilee sebelum berarak ke padang ragbi Song Kheng Hai. Mereka bersurai kira-kira jam 11 pagi.

Saksi mata memberitahu Malaysiakini bahawa kebanyakan peserta membawa bendera negeri atau bendera yang digunakan pada 1963 hingga 1973.

Ada di kalangan peserta melaungan slogan menuntut satu "referendum", pembayaran royalti minyak lebih tinggi, dan autonomi lebih baik dalam percukaian, keselamatan, kesihatan dan pendidikan.

Terdapat juga peserta yang didapati memakai baju T hitam dan terdapat lambang jata negeri yang digunakan pada zaman pemerintan Brooke.

Seorang peserta Leonard Siaw berkata kepada Malaysiakini bahawa beliau cukup teruja dengan jumlah kehadiran yang ramai menyertai dan merayakan perhimpunan itu di samping pihak polis mengawal trafik.

Perhimpunan yang dikenali "722 Sarawak Freedom dan Independence Day Walk" dianjurkan oleh Sarawak Dayak Iban Association (Sadia) dan Sarawak for Sarawak (S4S).

[Baca berita asal]