Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAC mahu Jho Low
Diterbitkan:  Jul 24, 2015 11:41 AM
Dikemaskini: 3:43 AM

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memanggil ahli perniagaan Low Taek Jho untuk memberi keterangan mengenai skandal 1MDB kata ketuanya, Datuk Nur Jazlan Mohamad.

Menurut Nur Jazlan, PAC menghantar surat memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Kewangan semalam.

PAC memberi tempoh sebelum 8 September untuk ahli perniagaan berkenaan - lebih dikenali dengan nama Jho Low - untuk mematuhi arahan berkenaan.

Katanya, Kementerian Kewangan sepatutnya tahu di mana atau bagaimana mengesan individu terbabit.

"Mereka boleh meminta polis untuk mengesan dia," katanya dipetik The Star hari ini.

Low adalah seorang daripada tokoh banyak disebut-sebut dalam isu 1MDB dan turut dikehendaki pasukan petugas khas yang menyiasat skandal agensi tajaan kerajaan berkenaan.

Nur Jazlan berkata, bagaimana Kementerian Kewangan mahu mencari Low "bukan masalah PAC".

Selain Low PAC juga memanggil pengarah Brazen Sky dan mereka perlu hadir memberi keterangan sebelum 9 September ini.

Syarikat itu adalah tempat 1MDB melabur sebanyak RM6 bilion.

Setakat ini juruaudit 1MDB sudah memberi keterangan di depan PAC dan akan bertemu bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) agensi itu, Datuk Shahrol Halmi dan CEO ketika ini, Arul Kanda Kandasam.

Mereka dijadual memberi keterangan masing-masing pada 4 dan 5 Ogos ini.

Lihat Komen
ADS