Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mustahil untuk meminda dokumen syarikat PetroSaudi International (PSI) seperti yang didakwa oleh bekas eksekutifnya, Xavier Andre Justo.

Menurut Dr Mahathir, perkara itu dilihat mustahil untuk dilakukan memandangkan jumlah dokumen tersebut "banyak".

Sehubungan itu, beliau meminta kepada pihak yang berkenaan supaya menunjukkan dokumen yang didakwa dipinda seperti didakwa Justo.

"Tunjuklah apa yang dipinda. Tunjuk dokumen itu, tunjuk tang (di) mana yang dipinda.

"Nak pinda dokumen (macam mana), banyak tu, tak boleh," katanya ketika ditemui pemberita di lobi hotel Shangri-La di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam temubual bersama Straits Times Singapura Justo mendakwa pengendali Sarawak Report dan seorang ahli perniagaan Malaysia berbincang untuk “meminda” maklumat dalam dokumen syarikat PSI itu.

Justo ditemu bual akhbar itu di Bangkok, Thailand.

Justo yang menjadi sumber kebocoran maklumat tersebut juga bersetuju untuk menjual dokumen berkenaan, yang didakwanya dicuri dari PSI untuk bayaran sebanyak AS$2 juta (RM7.6 juta).

Justo mendakwa, individu yang ditemuinya awal tahun ini merancang untuk menggunakan dokumen tersebut “sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia” dan mereka juga merujuk kepada usaha untuk “ meminda dokumen tersebut ”.

Bagaimanapun, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menafikan dakwaan untuk meminda dokumen itu dan mempersoalkan mengapa 1MDB dan PSI masih belum mengemukakan bukti pindaan tersebut.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita dari pengarang :
Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini