Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat anggota bomba ditemui disyaki lemas
Diterbitkan:  Jul 26, 2015 12:00 PM
Dikemaskini: 4:04 AM

Mayat seorang angota bomba ditemui terapung berhampiran pantai Kampung Buntal, kira-kira 20 kilometer dari Kuching tengah malam tadi.

    

Menurut jurucakap bomba, anggota itu Mon Jumat, 48, dari balai bomba dan penyelamat di sini yang sedang bercuti dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar ke laut untuk menjaring ikan seorang diri pada pukul 2 petang semalam.

    

Beliau berkata selepas menerima laporan mengenai kehilangan anggota itu, tujuh anggota bomba digegaskan ke tempat kejadian pada pukul 11.10 malam tadi.

    

Namun sekitar tengah malam, mayat Mon dilaporkan ditemukan nelayan dan penduduk kampung, katanya.

    

Mangsa telah berkhidmat sebagai anggota bomba sejak lebih 25 tahun lalu.

    

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS