Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Datuk' ditahan berhubung siasatan 1MDB dibebas
Diterbitkan:  Jul 28, 2015 11:42 AM
Dikemaskini: 3:45 AM

Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini memerintahkan seorang pengarah urusan sebuah syarikat bergelar 'Datuk' dibebaskan selepas direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung 1MDB.

   

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahim membenarkan lelaki berusia 48 tahun itu dibebaskan, empat daripada lima individu yang ditahan reman berhubung siasatan 1MDB itu, dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM100,000 - RM20,000 daripadanya dalam bentuk tunai dan baki RM80,000 atas jaminan lisan dua penjamin.

   

Pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazalie Abdul Khairi.

   

'Datuk' itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Dia ditahan di pejabat SPRM pukul 7 malam pada Jumaat.

   

Setakat hari ini, SPRM menahan lima individu untuk membantu siasatan berhubung 1MDB dan empat daripada mereka telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

   

Pada hari Jumaat, seorang pengarah sebuah syarikat pembinaan berusia 39 tahun yang merupakan individu pertama ditahan untuk membantu siasatan, dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan RM20,000 dalam bentuk wang tunai dan RM80,000 atas jaminan lisan dua penjamin.

   

Pada hari Sabtu, pengarah urusan sebuah syarikat berusia 54 tahun bergelar "Datuk" dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan mendepositkan RM20,000 tunai dan RM80,000 atas aku janji lisan dua penjamin.

   

Semalam, seorang pemilik tunggal sebuah syarikat perdagangan berusia 28 tahun, individu ketiga ditahan berkaitan dengan siasatan itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 - RM10,000 itu dalam bentuk wang tunai dan baki RM40,000 atas jaminan lisan dua penjamin.

   

Seorang penghantar surat, individu kelima yang ditahan reman pada Ahad masih diletakkan di bawah jagaan SPRM. Reman empat hari beliau akan tamat esok.

- Bernama

Lihat Komen
ADS