Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kepada Allah Muhyiddin berserah
Diterbitkan:  Jul 28, 2015 4:21 PM
Dikemaskini: 8:23 AM

Tan Sri Muhyddin Yassin petang ini berkata beliau menerima tindakan Datuk Seri Najib menggugurkan jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dengan hati terbuka.

Ketua Umno Pagoh itu berkata beliau menghormati kuasa prerogatif perdana menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Malah, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri kerana memberikan peluang kepadanya berkhidmat di jawatan itu bermula 10 April 2009.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai timbalan perdana menteri,” katanya.

Rombakan kabinet, termasuk penggugurannya diumumkan hari ini dan akan berkuat kuasa esok.

Tindakan drastik itu dispekulasikan banyak pihak sebagai berpunca daripada kenyataannya yang kritikal dalam isu syarikat pelaburan negara kontroversi 1MDB yang dicetuskan oleh Najib.

Selain itu, menyentuh tugasnya sebagai timbalan presiden Umno, Muhyiddin berkata beliau akan terus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan serta mencurahkan bakti demi memperkukuh parti.

Beliau juga berkata akan berusaha untuk mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada Umno.

“Kepada Allah saya berserah,” katanya.

Lihat Komen
ADS