Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS harap kabinet baru adil, telus
Diterbitkan:  Jul 28, 2015 10:55 PM
Dikemaskini: 2:56 PM

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap barisan kabinet baharu dapat terus menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan adil dan telus.

Beliau berkata terlalu awal bagi PAS menyatakan pendapat berhubung barisan kabinet itu yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini, lapor Bernama.

"Kita tak boleh kata bersetuju atau tidak (dengan barisan kabinet baharu)... kita tunggu sejauh mana mereka dapat laksanakan tugas khususnya bagi isu melibatkan rakyat dan negara," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur , hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat harian Jawatankuasa PAS di ibu pejabat parti itu.

Najib hari ini mengumumkan Kabinet baharunya dengan melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan.

Lihat Komen
ADS