Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazir Razak puji Zeti ikon kewangan dunia
Diterbitkan:  Aug 5, 2015 12:20 PM
Dikemaskini: 4:25 AM

Ketika berdepan siasatan polis dan dakwaan liar berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan, siapa sangka Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendapat pujian daripada adik perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak.

Nazir, yang juga pengerusi kumpulan CIMB, hari ini memuat naik gambarnya dengan Zeti dan Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Lagarde.

“Saat-saat bersama dua ikon kewangan antarabangsa,” tulisnya di laman perkongsian gambar Instragram hari ini.

 

My moment with 2 icons of global finance

A photo posted by Nazir Razak (@nazir.razak) on

Tokoh perbankan itu berpakaian formal dengan dasi dan tali leher manakala Zeti pula tampil dengan kebiasaannya berbaju kurung biru.

Zeti kini terasak apabila polis berkata akan merakamkan kenyataan ramai lagi pegawai Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara (AGC).

Ketika ditanya sama ada ini akan termasuk Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan orang nombor dua SPRM, Datuk Shukri Abdull, Ketua Polis NegaraTan Sri Khalid Abu Bakar tidak menolak kemungkinan itu.

Siasatan terhadap pegawai Bank Negara berkaitan dengan laporan polis mengenai kebocoran transaksi perbankan.

Bank Negara dan SPRM menafikan pegawainya terlibat.

Dalam masa yang sama badan-badan itu sedang menyiasat isu sekitar 1MDB melalui sebuah pasukan khas yang dibentuk sebelum ini.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS