PAS S'gor arah semua ahli sembahyang hajat
Ekoran kebimbangan terhadap suasana politik semasa, PAS Selangor mengarahkan anggotanya melakukan solat hajat hajat memohon keselamatan rakyat dan negara ini.
Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata solat hajat itu perlu agar menjadi petunjuk untuk sentiasa berada pada jalan yang diredai Allah.
“Sejak-sejak akhir ini telah berlaku perkembangan-perkembangan yang amat membimbangkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang.
“Perkembangan ini sudah tentu akan memberi kesan bukan sahaja kepada generasi hari ini tetapi generasi akan datang,” katanya dalam kenyataan.
Iskandar yang juga pesuruhjaya PAS Selangor itu menyeru semua pihak berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang berusaha untuk menentang penyelewengan, salah guna kuasa dan kezaliman.
“Semoga doa-doa kita pada penghulu segala hari ini dimakbulkan oleh SWT,” tambahnya.
Muktahir ini negara berdepan dengan kontroversi di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima derma RM 2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
Dalam masa yang sama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyiasat perkara itu kini menjadi sasaran polis susulan dakwaan kebocoran maklumat tertentu.
Kakitangan SPRM juga telah melakukan solat hajat di seluruh negara sebelum ini.

