Kanak-kanak patah kaki terjatuh eskalator
Diterbitkan: Aug 10, 2015 6:15 AM | Dikemas kini: Aug 10, 2015 7:01 AM
Seorang kanak-kanak perempuan patah kaki kanan selepas terjatuh dari eskalator di sebuah pusat beli-belah di Kota Bahru.
Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Rohaimi Md Isa berkata Nor Syazasafieya Mohd Sukarno, 3, terjatuh dari tingkat satu kira-kira 1.10 tengah hari tadi.
"Mangsa terjatuh selepas tangannya terlepas dari tempat pemegang eskalator yang dipanjatnya di kawasan sebelah luar tangga," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata penyelia keselamatan yang menyedari kejadian itu segera bergegas ke tempat kejadian dan menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan.
Kanak-kanak tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu.
- Bernama

