mk-logo
Berita
Dr M: Demokrasi sudah mati
Diterbitkan:  Aug 10, 2015 3:45 AM
Dikemaskini: 5:18 AM

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu.

Tindak-tanduk perdana itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat penggantinya, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana pemimpin yang dipilih memilih untuk menjatuhkan maruah institusi kerajaan dan menjadikannya sebagai alat untuk mengekalkan kuasanya.

“Tiada lagi demokrasi yang boleh dirosakkan. Tentulah, bercakap mengenai 1MDB tidak akan menjejaskan perkara yang tidak lagi wujud.

“Jika ada pihak yang patut disiasat oleh polis, orangnya ialah Najib,” kata Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc.

Beliau melihat, Najib kini selamat daripada dituduh memperolehi dana secara haram, namun penjelasan perdana menteri berhubung perbelanjaan dan sumber wang tersebut masih disangsikan.

Beliau bimbang jika keadaan itu akan merosakkan sistem demokrasi yang memberi peluang sama rata kepada parti.

“Dakwaan beliau bahawa ia akan digunakan dalam pilihan raya umum akan datang tidak sepenuhnya benar... Dengan dana yang banyak, beliau boleh melakukan rasuah untuk menjamin kemenangan.

“Beliau juga boleh menggunakan dana itu untuk memanipulasi pilihan raya. Apa yang Najib buat ini tidak pernah berlaku di Malaysia. Rakyat kini hilang pedoman,” katanya lagi.

Mahathir menjelaskan, beliau melihat bahawa Najib sejak awal lagi tidak selesa kerana tidak dapat mengawal pasukan petugas khas itu.

Sebab itulah Najib bertindak dengan menghentikan siasatan dan menghalang orang ramai daripada memperkatakan mengenai 1MDB, kata Mahathir lagi.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lagi berita seperti ini :
Lihat Komen
Paling Popular
Terkini