KJ: Alhamdulillah, arahan pindah batal
Diterbitkan: Aug 10, 2015 12:55 PM | Dikemas kini: Aug 10, 2015 1:52 PM
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyambut baik pembatalan arahan pindah dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi.
Khairy yang juga menteri belia dan sukan itu berkata pembatalan tersebut tepat bagi meredakan situasi sekarang.
"Alhamdulillah," katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Raya Kementerian dan Sukan di Bukit Jalil hari ini.
"Ia tindakan yang betul selain membantu meredakan keadaan serta persepsi yang timbul muktahir ini."
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.