'Bawa khemah ke Dataran untuk BERSIH 4'
Diterbitkan: Aug 11, 2015 3:21 PM | Dikemas kini: Aug 11, 2015 3:25 PM
Jawatankuasa pemandu perhimpunan BERSIH 4 menyarankan para peserta untuk membawa keperluan seperti khemah, beg tidur dan hamparan kanvas untuk bermalam di Dataran Merdeka pada 29 Ogos.
Dalam satu kenyataan, jawatankuasa itu menyebut, rancangan untuk berkhemah selama 34 jam itu sudahpun dimaklumkan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pihak polis.
“(Jawatankuasa pemandu BERSIH 4) menyatakan kesediaan berbincang dengan pihak Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya keselamatan rakyat Malaysia terjamin dan lalulintas di ibu kota terkawal sepanjang berlangsungnya perhimpunan aman ini nanti,” kenyataan itu dipetik.
Menurut jawatankuasa itu, program perkhemahan yang akan berakhir sebelum tengah malam 31 Ogos akan diisi dengan program bengkel pendidikan sivil, perbincangan awam, persembahan seni budaya dan aktiviti kerohanian.
Para peserta diminta berkumpul di loma lokasi – Brickfields, Pasar Seni, Sogo, Masjid Negara dan Dataran Maybank sebelum bergabung di Dataran Merdeka.
Perhimpunan kali ini membawa lima tuntutan – membersihkan pilihan raya, kerajaan yang bersih, hak membantah, pengukuhan demokrasi berparlimen dan tuntuan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia.