Ismail cadang 'Low Yat 2' bagi peniaga Melayu

   

Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan diwujudkan "Low Yat 2" - kawasan ruang niaga bagi pembekal alat telekomunikasi khusus untuk peniaga Melayu.

Menteri itu mencadangkan "Low Yat 2" ditempatkan di tingkat tiga Bangunan ibupejabat MARA di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Katanya, "Low Yat 2" akan dapat bersaing dengan Plaza Low Yat, yang terkenal dengan jualan barangan elektronik Malaysia.

"Kita akan bangunkan tingkat tersebut secepat mungkin dan kita beri ruang kepada peniaga Melayu khususnya.

"Kita akan jadikan ia sebagai 'Low Yat 2' dan kita akan kumpulkan sekali seberapa banyak mungkin pembekal besar di bangunan ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MARA di ibu negara pada Selasa, demikian menurut Astro Awani.

'Tidak ada pembekal Melayu'

Katanya, beliau menyedari tentang kewujudan tempat-tempat lain yang turut menyediakan perkhidmatan sama.

Namun beliau percaya orang ramai selepas ini akan memiliki lebih banyak pilihan sekiranya melakukan urusniaga terus bersama pembekal.

"Kita sasarkan golongan peniaga 100 peratus dari kalangan Melayu. Belum ada lagi pembekal dari kalangan Melayu, oleh kerana itu kita beri kelonggaran," katanya.

[Baca berita penuh/asal]

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In