PM: Malaysia pengeksport penting pendidikan dunia
Malaysia bukan sahaja menjadi pengimport tetapi juga pengeksport penting pendidikan dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tahun lepas, kata Najib, Malaysia mempunyai lebih 135,000 pelajar antarabangsa dari kira-kira 160 negara, yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta sekolah antarabangsa, lapor Bernama.
Malaysia juga berjaya menubuhkan 20 universiti awam, menghoskan kolej universiti, dan beratus-ratus institusi pengajian tinggi swasta termasuk kampus cawangan universiti bertaraf dunia yang terkenal, katanya dalam ucapan pada Pelancaran Yayasan Pendidikan Alma di Kuala Lumpur.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim melancarkan Yayasan Pendidikan ALMA (ALMA).
Ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, menurut agensi berita nasional.
Najib berkata: "Bagaimanapun, di sebalik semua ini, dan dasar kita menghantar pelajar ke luar negara, kita masih perlu membangunkan lagi kepakaran sebagai sebuah negara. Sebab itulah dasar itu terus berjalan.'
"Tahun lepas, bilangan pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara ialah kira-kira 90,000 dengan kira-kira 30 peratus ditaja oleh pelbagai agensi berkaitan kerajaan dan perbadanan termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perkhidmatan Awam, Petronas, Bank Negara Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Sime Darby," kata Najib.
Beliau berkata ramai daripada mereka pelajar cemerlang yang mendapat tempat tertinggi dalam pendidikan dan ramai Bumiputera lahir daripada Ivy League dan universiti terkemuka seperti Massachusetts Institute of Technology (MIT) di Amerika Syarikat, Oxford dan Universiti Cambridge di London.
"Semua ini adalah bukti bahawa NPE (Dasar Ekonomi Baharu), melalui lebih 120 MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan beratus-ratus sekolah negeri dan sekolah terpilih, telah berjaya melahirkan elit Melayu yang baharu.
"Hari ini, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan seperti Khazanah, PNB dan Petronas, dan gergasi kewangan seperti JP Morgan dan Credit Suisse, KPMG dan PWC (PricewaterhouseCoopers) mempunyai beratus-ratus profesional Bumiputera yang membantu Malaysia untuk merealisasikan pendapatan tinggi dan mencapai status negara maju," katanya.

