Kerajaan tiada masalah dengan perhimpunan BERSIH 4 pada 29 Ogos jika berlangsung aman tanpa insiden tidak diingini, kata timbalan menteri dalam negeri yang baru Datuk Nur Jazlan Mohammed.

Katanya beliau tiada masalah dengan perhimpunan aman dan polis sudah pun membuat kenyataan bahawa ia boleh diadakan selagi tidak menyebabkan kekacauan.

Jazlan berkata demikian dalam lawatan sulungnya ke ibu pejabat pasukan sukarela Ikatan Relawan Malaysia (RELA) di Putrajaya hari ini.

Beliau bagaimanapun mengingatkan penganjur supaya mengawal peserta atau bersedia menghadapi tindakan daripada pihak berkuasa.