Majlis tahlil dan doa selamat bagi "menyelamatkan Malaysia" yang sedang dilanda pelbagai dugaan diadakan di kediaman perdana menteri di Putrajaya malam ini.

Seorang ketua bahagian Umno mengesahkan sebuah laporan bahawa program yang menghimpunkan ketua-ketua bahagian Umno itu bermula pada jam 6.30 petang tadi.

Bagaimanapun seorang pegawai Najib, Datuk Rizal Mansor berkata doa selamat dan majlis tahlil yang diadakan itu bukanlah perkara baru.

Sebaliknya ia adalah rutin perdana menteri sekiranya mempunyai kelapangan.

"Bukan sesuatu yang aneh jika diadakan majlis doa selamat dan tahlil kerana ia hanya dilakukan secara kecil-kecilan.

“Kami buat pun di di surau.

"Ia bukan solat hajat perdana, bukan besar-besaran,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini .