Ku Nan elak soalan derma RM 2.6 bilion
"Itu (isu 1MDB) saya tak komen."
Itu reaksi spontan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika diminta mengulas berhubung kehadiran beliau bersama perdana menteri semasa memberi penjelasan kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin mengenai derma RM 2.6 bilion.
Malah, Tengku Adnan yang lebih mesra dipanggil Ku Nan segera beredar untuk beramah mesra dengan tetamu jemputan beliau ketika pemberita mengajukan soalan mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.
Ku Nan yang juga menteri wilayah mengadakan rumah terbuka Aidilfitri bagi peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya di perkarangan Perbadanan Putrajaya hari ini.
Difahamkan majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 10,000 pengunjung di sekitar wilayah tersebut.
Komen
PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.