Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS kumpul bukti terhadap ahli serta GHB
Diterbitkan:  Aug 13, 2015 7:20 AM
Dikemaskini: 7:25 AM

PAS sedang membina kes melalui pengumpulan bukti dan maklumat lengkap terhadap anggotanya yang menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Gerakan Harapan Baru (GHB).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pengumpulan itu dikendalikan oleh Setiausaha Agung parti Datuk Takiyuddin Hassan bagi menyediakan laporan lengkap dan membentangkannya kepada PAS pusat.

"Daripada situ baru kita boleh buat keputusan apa tindakan yang perlu kita ambil," katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Kutipan Dana Dewan Pemuda PAS Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata hanya Jawatankuasa PAS Pusat ataupun Jawatankuasa Disiplin parti yang berhak menentukan nasib anggota-anggota parti yang menyertai GHB.

"Jawatankuasa PAS Pusat mempunyai kuasa untuk memecat terus mana-mana anggota parti yang didapati bersalah, namun jika dibawa ke Jawatankuasa Disiplin parti, ada empat bentuk hukuman yang boleh dikenakan," katanya.

Beliau berkata hukuman tersebut adalah surat tunjuk sebab, amaran, gantung keanggotaan dan akhir sekali dipecat daripada parti.

- Bernama

Lihat Komen
ADS